
Sekolah ini mempunyai asrama bagi menempatkan murid-murid dari
Kampung Simpang Pertang, Kampung Parit Gong, Kampung Langkap dan penduduk orang
asli di kawasan Jelebu dan sempadan
Negeri Sembilan.
Bangunan asal sekolah ini pada asalnya dibina daripada kayu papan.
Tenaga pengajarnya juga terdiri daripada kakitangan Pelindung Orang Asli pada
suatu masa dahulu. Bangunan ini diperbaiki dari suatu masa ke satu masa dan
akhirnya diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 29 April 1967.
Sekolah Kebangsaan Air Baning telah dirasmikan oleh Yang Teramat
Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdan Menteri Malaysia yang
pertama. Sekolah ini telah ditukar
namanya kepada Sekolah Kebangsaan Putra bersempena dengan nama beliau.
Pada tahun 2000, bangunan baru telah dibina di tapak sekarang.
Bangunan baru mula diduduki pada awal sesi persekolahan pada tahun 2002. Pada
tahun 2007, bangunan tambahan dan kantin sekolah telah dibina dan siap
digunakan pada tahun 2009. Sekolah ini kini lengkap dengan pelbagai
infrastruktur dan peralatan bantuan mengajar. Bangunan asaramanya juga terdiri
daripada dua blok bangunan aspura dan aspuri yang pada asalnya diperbuat
daripada kayu.