Monday, 2 June 2014

Sejarah Sekolah Kebangsaan Putra (tempat aku praktikal)


 Sekolah Kebangsaan Putra pada mulanya ditubuhkan di Kampung Simpang Pertang pada tahun 1963. Sekolah ini pada asalnya diasaskan oleh Pelindung Orang Asli yang kini dikenali dengan nama Jabatan Kemajuan Orang Asli.  Memandangkan penduduk di kampung Simpang Pertang tidak ramai, dan kebanyakan murid-murid yang hadir ke sekolah adalah berasal dari Air Baning, maka pada tahun 1964, sekolah ini dipindahkan ke Kampung Air Baning dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Air Baning.


Sekolah ini mempunyai asrama bagi menempatkan murid-murid dari Kampung Simpang Pertang, Kampung Parit Gong, Kampung Langkap dan penduduk orang asli di kawasan  Jelebu dan sempadan Negeri Sembilan.
Bangunan asal sekolah ini pada asalnya dibina daripada kayu papan. Tenaga pengajarnya juga terdiri daripada kakitangan Pelindung Orang Asli pada suatu masa dahulu. Bangunan ini diperbaiki dari suatu masa ke satu masa dan akhirnya diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 29 April 1967.
Sekolah Kebangsaan Air Baning telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdan Menteri Malaysia yang pertama.  Sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Putra bersempena dengan nama beliau.
Pada tahun 2000, bangunan baru telah dibina di tapak sekarang. Bangunan baru mula diduduki pada awal sesi persekolahan pada tahun 2002. Pada tahun 2007, bangunan tambahan dan kantin sekolah telah dibina dan siap digunakan pada tahun 2009. Sekolah ini kini lengkap dengan pelbagai infrastruktur dan peralatan bantuan mengajar. Bangunan asaramanya juga terdiri daripada dua blok bangunan aspura dan aspuri yang pada asalnya diperbuat daripada kayu.











0 comments:

Post a Comment